Helmi Assyafie raya Aidil Adha di Pondok Sik 2023

Alhamdulillah. Hari Raya Aidil Adha - raya pertama bersama Guru merupakan anak anak kepada guru murabbi Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa. Tuan Guru Syeikh Muslim bin Tuan Guru Haji Salleh banyak saya mengambil menafaat ilmu khususnya ilmu fekah dengan beliau . Beliau sangat arif ilmu alat ilmu fekah dan fiq semasa. Beliau kehadapan memimpin madrasah dan kini beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik. Tuan Guru Ustaz Yazid bin Tuan Guru Haji Salleh merupakan guru awal yang banyak mencorakkan haluan saya dan sentiasa memberi semangat dari dahulu hingga kini. Beliau merupakan abang dunia akhirat merangkap guru yang banyak mengambil urusan kehidupan dan dakwah . Moga Allah rahmati kalian berdua dan seluruh guru guru yang ikhlas menyebarkan agama Allah dengan iklas. Semoga Allah rahmati guru kami Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa dan mengangkat setinggi tinggi darjat disisi Allah serta moga sentias dicucuri Rahmat kepada beliau. Kenangan 10 Zulhijjah 1444h. ...